06 August 2011

KERETA konsep Proton- 5 bersaudara

Salam ramadan semua,,,
alhamdulillah, setelah sekian lama tidak kemaskini dan aktif dalam dunia blog, hari ini aku kembali,,,
hari ni aku rasa semacam je, tetiba nak post sesuatu kat blog ni, pasal kete,,yup kereta,  K.E.R.E.T.A. P.R.O.T.O.N.
tadi aku duk tilik-tilik kat laman web proton, hehe,, aku rasa impian memiliki kereta semakin dekat,, :)
jadi duk tilik-tilik laman web tu aku tertarik dengan kereta konsep Proton,,,sebenarnya ianya dah bising lama dah, tapi yang ni barulah aku betul-betul percaya....

FUYOOOOOOOOOOOOO!!!!!!! semat gileerrr.,,,dah la namanya cukup unik dan estetik,,pahlawan2 Melayu tuuu,,,


JEBAT - The Jebat represents purebred racing passion.




ada iras-iras inspira a,,,

LEKIU- The Lekiu unites urban and adventure into one





yang ni kete SUV, bolehla wat naik gunung

TUAH- The Tuah is a balance of function and aesthetic.




ni kire kete mewah gak, tgk gaya lampu cam kete honda jerk


LEKIR- agility and sophistication made perfect.




wow,,,yang ni memang aku suka, sangat sporty, haish kalaulah dapat ni,,


KASTURI-The idea to uplift Saga's brand value is now Kasturi.



kasturi ni mungkin adik kembar kete saga kot, cuma advanced sket...

*kete pertamaku mungkinkah proton saga???

sumber PROTON

31 May 2011

Jom layan movie~ Cun 2011

Jom layan citer Cun lakonan mantap Maya karin dan Remy Ishak

Cun bahagian 1


Cun bahagian 2


Cun bahagian 3






Cun Bahagian 4


Cun Bahagian 5



Cun bahagian 6



Cun bahagian 7



Amacam...best an,,, nantikan muvie seterusnya..

30 May 2011

JOM layan movie~KONGSI 2011: “Lu Langsi, Lu Mati”



Jom layan KONGSI..movie terbaru dibintangi Sam Shaheizy & Bront Palare dan ramai lagi artis hebat... diarah oleh Farid Kamil... 

Kongsi bahagian 1



Kongsi bahagian 2



Kongsi bahagian 3




Kongsi bahagian 4




Kongsi bahagian 5



Kongsi bahagian 6 ( last )




Sekian terima kasih,,nanti saya akan upload lebih banyak movie disini..tadaaa :)

17 May 2011

Wah ada berita baik untuk guru,,syukur...aku pon insyaallah nak jadi cikgu gk laa,,

bace artikel dari berita harian ni
'
'
'
'

Naik hingga DG54
Oleh Mohd Roji Kawi, M Hifzuddin Ikhsan dan Nor Azma Laila
bhnews@bharian.com.my
2011/05/17

Najib umum kaedah baru kenaikan pangkat guru PDP

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

pix_gal0

Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya. 
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

Katanya, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada gred DG48 selepas berkhidmat selama 25 tahun dan sudah tiba masanya laluan kerjaya guru ditambah baik.

“Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik darjah dan padang permainan dengan sebuah negara yang mahu serta bertamadun hebat tidak mungkin terbina tanpa insan bergelar guru.

“Hari ini di setiap ceruk rantau negara, guru tanpa mengenal erti penat lelah sentiasa membawa cahaya harapan kepada anak Malaysia. Merekalah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan bagi membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai beberapa tuntutan yang belum diselesaikan berkata, isu seperti guru siswazah yang belum mendapat kenaikan gred akan diselesaikan secepat mungkin.

“Perjawatan guru amat luas dan kita memandang serius setiap tuntutan yang dikemukakan serta perlu diteliti sebelum diselesaikan seperti isu guru siswazah yang berada di gred diploma.

“Begitu juga dalam mengukur pencapaian guru. Dulu kita sukar untuk menilai, tetapi menerusi sistem dan insentif baru, lebih banyak ganjaran disediakan dan ia berjaya melonjakkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Mengenai dakwaan insentif baru yang diumumkan Perdana Menteri sebagai meniru Buku Jingga pembangkang, beliau menegaskan, kerajaan melakukan pelbagai usaha menambah baik perkhidmatan pendidikan tanpa perlu menunggu pilihan raya.

“Insentif yang Perdana Menteri umumkan ini lebih baik daripada janji RM500 pembangkang yang hanya manis di bibir saja. Kita buat semua ini bukan disebabkan mahu menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa,” katanya. 



*selamat hari guru

15 May 2011

Diari Puntianak musim 2 episod 22 bahagian 4 (Hingga hujung nyawa)

hai,,ok part ni adalah part yang last skali..


sekian terima kasih.....

Diari Puntianak musim 2 episod 22 bahagian 3 (Hingga hujung nyawa)

seterusnya sambung ni lak


jap agy sambung bahagian last skali,,,

Diari Puntianak musim 2 episod 22 bahagian 2 (Hingga hujung nyawa)

ok bahagian seterusnya,,,,


korang ta faham ke? borink ke sebab ta tengok dari awal...takpe, tengok bahagian 3 dulu,,,

Diari Puntianak musim 2 episod 22 bahagian 1 (Hingga hujung nyawa)

Assalamualaikum,,bosankan cuti-cuti ni,,,apa kata layan citer ni dulu Diari Puntianak episod akhir musim kedua,,fuhhh....sorry yea, hajat dihati nak upload semua tapi macam ta dapat lak,,

lagipun ramai yg kawan-kawan aku gtaw final episod ni susah nak cari,,

pepon layann,,,

best kan,,
nanti aku upload bahagian dua pula


*sebenarnya dah tataw sangat apa yang nak diupload kat blog ni...huhu

14 April 2011

VS.....nice fact

Assalamualaikum dan salam khamis..

kekadang dalam kita bergembira dangan segala nikmat dan kurniaan yang diberi,
jangan lupa pengisian untuk hati, 
supaya sentiasa suci berseri,
kerana kita semua pasti mati menghadap ilahi,
ayuh renungkan bersama keajaiban kitab yang hakiki...

Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.

Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :

¶ Solat – 5 kali

¶ Dunia - 115 Kali : Akhirat – 115 Kali

¶ Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali

¶ Hidup – 145 Kali : Mati – 145 Kali

¶ Faedah – 50 Kali : Kerugian – 50 Kali

¶ Ummah – 50 Kali : Penyampai – 50 Kali

¶ Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali :

¶ Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali

¶ Orang Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali

¶ Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali

¶ Emas – 8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali

¶ Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali

¶ Zakat – 32 Kali : Berkat – 32 Kali

¶ Minda – 49 Kali : Nur – 49 kali

¶ Lidah – 25 Kali : Sumpah – 25 Kali

¶ Nafsu – 8 Kali : Ketakutan – 8 Kali

¶ Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali

¶ Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali

¶ Lelaki – 24 Kali : Perempuan – 24 Kali

¶ Bulan – 12 Kali : Hari – 365 Kali

¶ Lautan – 32 Kali : Daratan – 13 Kali

¶ Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali

¶ Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali

v LAUT & DARAT : 32 + 13 = 45

Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus

Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus

JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %

Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT


Dr EZ Hj AliRenung-renungkan dan selamat beramal:)

11 April 2011

"SORRY from Japan"

Assalamualaikum,,,salam petang isnin...

Hari ini aku hanya mahu kongsi sesuatu yang agak menarik, khas dari Jepun,,

Gambar kat bawah ni aku amek dari sini

bagus kan mereka,,,,ye laa,,bagus la kan, mereka sedar apa yang sepatutnya hanya mereka hadapi, terpaksa pula lain-lain negara nikmati sama,,,huhu













ps: kerajaan Malaysia akan bina loji tenaga nuklear pertama di Pahang...

06 April 2011

Ku Menunggu





ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

 ku tetap menunggu
 ku tetap menunggu
 ku tetap menunggu



13 March 2011

TSUNAMI di Jepun~bahagian3

Yang ni part last kot pasal tsunami di jepun,,,

yang rasanye semua dah heboh. kes karikatur di berita minggu formerly known as berita harian. sebeb hujung minggu dipanggil berita minggu..sekian,,haha,..eh jap, ta habis lagi laa

tadi zul (x-president kolej aku, k6 upm) ada datang bilik aku, bawa surat khabar tu, then aku belek-belek la bace  paper tu ternampak la gambar superhero kegilaan aku si ultraman melarikan diri dari ombak,,erk,,terkezzut aku,,erm,,,terfikir lak apakah motif sebenar si pelukis tu, en Zoy lukis gambar tu???????????????????

dalam kepayahan, kesusahan dan kesedihan mangsa-mangsa tsunami menghadapi detik-detik yang cukup tragis, masih ada yang melakukan perkara sebegitu.

aku pon tanak ulas panjang,,korang semua tengok la sendiri...

berita minggu, 13 Mac 2011



apa yang anda semua fikir???

kalau setakat dibaca oleh rakyat malaysia mungkin tak kisah laa kan, tapi bagaimana pula jika dilihat oleh masyarakat antarabangsa??? tambah-tambah lagi kalu rakyat jepun dan mangsa-mangsa tsunami tu,,,,
apakah yang mereka akan fikir tentang rakyat malaysia nanti..

sekarang memang dah tersebar ke seluruh dunia, kat CNN pon ada,,,,fikir-fikirkanlah

ni link dia-->>> Berita CNN

TSUNAMI di Jepun~bahagian2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,,salam kesyukuran salam takziah...

bagai sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang berlaku kepada negara jepun, setelah ditimpa gempa bumi dan tsunami, kini mereka terpaksa berdepan satu lagi masalah yang amat kritikal,,,kebocoran tangki nuklearnya pula,,,memang dahsyat kesannya jika terkena radiasi nuklear kepada manusia, ia akan berlangsung dari generasi ke genarasi,,,kecacatan, sindrom down dan bermacam-macam lagi akan berlaku dari generasi kepada generasi seterusnya,,ianya amat sukar untuk dipadam,,,

llihatlah apa yang telah berlaku di chernobyl, rusia, bandar terbabit kini digelar bandar berhantu, tiada kehidupan akibat kesan radiasi...

Ini saya sediakan lagi beberapa foto-foto tragis bencana alam yang melanda di utara jepun,,,
INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat, Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini. - Foto Reuters/TEPCO


LOJI Nuklear Unit 1 Daiichi, Okumamachi meletup dan mengakibatkan dinding stesen jana kuasa nuklear itu runtuh. Ia menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa Jepun selepas sistem penyejukannya gagal berfungsi susulan gempa bumi dan tsunami, semalam. - Foto AP


KERETAPI dan kenderaan antara yang musnah dalam kejadian gempa bumi yang turut menyebabkan Tsunami di Jepun, - REUTERS
KERETAPI dan kenderaan antara yang musnah dalam kejadian gempa bumi yang turut menyebabkan Tsunami di Jepun, - REUTERS


MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS
MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS


MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP
MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP


GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo
DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP
DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP
BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima,  Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP
BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP




PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP


TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
PENUMPANG perkhidmatan keretapi Yurikamome berjalan menyusuri landasan keretapi ke Stesen Shiodome, berhampiran Tokyo, sejurus selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun, hari ini. - Foto AP
PENUMPANG perkhidmatan keretapi Yurikamome berjalan menyusuri landasan keretapi ke Stesen Shiodome, berhampiran Tokyo, sejurus selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun, hari ini. - Foto AP

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP
SEKUMPULAN ikan dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian itu sebelum ini. Mungkinkah akibat tsunami dijepun jua??? - Foto AP













*khabarnya di pesisir pantai Terengganu turut merasai kesan tsunami di Jepun,,,Subhanallah,,sangat jauh tu.



mungkin akan ada sambungan lagi.......


TSUNAMI di Jepun~bahagian1

Assalamualaikum,,,selamat sejahtera..

pertama sekali aku nak bersyukur sangat-sangat sebab lahir kat bumi malaysia,,jauh dari bencana yang amat dahsyat, kalau paling dahsyat pon banjir atau tanah runtuh,,,

kalu nak dibandingkan dengan indonesia, filipina, dan jepun,,sungguh menyedihkan,,gempa bumi, taufan, tsunami, banjir semua ada..Alhamdulillah setakat ini kita masih selamat..

tanggal 11 mac 2011 mencatat sejarah hitan seluruh penghuni negara matahari terbit itu,,,badai tsunami yang menghempas akibat gempa bumi dengan kekuatan8.9 skala richter nyata telah merubah landskap muka bumi mereka dalam sehari sahaja dan mungkin kurang,,,

walaupun negara jepun terkenal dengan teknologinya yang sangat hebat, namun kuasa Allah, tuhan sekalian alam, siapalah dapat menandinginya...

lihatlah kesan-kesan akibat bencana tersebut,,,bagaimanakah mereka ingin menempuh hari-hari berikutnya..sama-samalah kita berdoa agar mereka lebih  tabah menghadapi semua ini..

psst: sorry ta dapat sediakan caption
























*nantikan lebih banyak foto-foto tragis tragedi bencana alam ini dalam TSUNAMI di Jepun~bahagian2

08 March 2011

BENAR-benar

Saje post entry ni,,bosan  da takde idea nak post..


Lirik Lagu Benar-Benar Adam

Sebuah lagi lagu dari Adam yang sangat best!
Lirik Lagu Benar-Benar Adam
(Edry Abdul Halim)
KRU Publishing Sdn Bhd
Sayang, ku benar-benar cinta…
Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru
Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang
Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta
Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

07 March 2011

SEBAB Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita...

Assalamualaikum,,selamat sejahtera semua,,,da lama ta update blog, untuk menghidupkan blog ni,,saya nak konsikan satu artikel menarik, kat bawah ni,,bacalah...

Sorrylah kepada blogger yang tak suka kalau entry copy paste...taksalah kot kalau nak kongsi..


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan
bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.



Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman
mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati
oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan
turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit
, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. J
ika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah
, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit
,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan
, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah
, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat
 Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

100% saya ceduk dari Badan Dakwah Islam Asrama Smkawa, badan dakwah ex-sekolah menengah saya dulu,,,
Wallahualam..