Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

15 May 2013

Istimewa Sempena Hari Guru 2013: Terima kasih Guruku



Sempena sambutan hari guru yang akan disambut di seluruh Malaysia pada 16 Mei 2013 dan setiap tahun.... dedikasi khas buat seluruh guru di Malaysia dan seluruh dunia.




Pagiku cerahku
matahari bersinar…
ku gendong tas merahku
di pundak…

Slamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku 
menantikan kami..

Guruku tersayang
guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku…

Tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…


Nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..


reff::
Guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…


#selamat #hari #guru #happy #teacher's #day #lagu #lirik

18 March 2013

Pengambilan Sebagai Guru PISMP 2013 Kini Dibuka




Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:


1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
2. STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
2.2 Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester



SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.
DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
3.5.1 Bahasa Melayu;
3.5.2 Sejarah;
3.5.3 Satu (1) mata pelajaran yang lain;
serta
3.5.4 lulus Bahasa Inggeris.
3.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon



untuk keterangan lebih lanjut boleh klik pautan dibawah:

Maklumat Program
Kementerian Pelajaran Malaysia


15 March 2013

Tarikh Keputusan STPM dan SPM 2012 diumumkan minggu depan



KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2012


Keputusan STPM 18 Mac ini...

sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia



SPM 2012 boleh diketahui mulai 21 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini, dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan. 

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos. Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888. 



"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya. 

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama. 

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara. - BERNAMA via Berita Harian


#update


KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis,21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
415,530
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM)
7,708
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
7,946
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
11,309
5.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
28,148
6.
Calon Persendirian
1,900
Jumlah Besar
472,541

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.

Kemeterian Pelajaran Malaysia


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012


19 February 2013

Beza Asteroid, meteor, komet dan . . .

Perbezaan batu-batu dari angkasa


Ramai yang keliru diantara Asteroid dan Meteroid yang jatuh di Russia baru-baru ini. Kedua-dua benda ini adalah berbeza!

Gambarajah ini telah menerangkan dengan mudah untuk difahami. Moga ilmu ini dapat kita manfaatkan bersama =)



sumber


01 February 2013

10 Persamaan Matematik Yang Paling Indah

Ramai orang anggap matematik adalah satu bidang yang amat sukar dan mengelirukan. Namun bagi ahli saintis, matematik, fizik dan lain-lain menganggap persamaan matematik sangat menakjub dan mengujakan.

Walaupun persamaan yang diperkenalkan oleh Albert Einstein, E=mc² paling dikenali ramai tetapi mengikut kajian yang telah dibuat oleh Live Science, mereka tidak menyenaraikan persamaan tersebut sebagai satu persamaan yang cantik dan indah. Pihak Live Sceince telah membuat kaji selidik keatas ahli-ahli fizik, angkasawan dan ahli-ahli matematik dan berikut adalah sepuluh persamaan matematik yang paling indah bagi mereka.

1. Kerelatifan Am (General relativity)

Kerelatifan am merupakan teori geometri tentang kegravitian yang diterbitkan oleh Albert Einstein pada 1915. Ia menyatukan kerelatifan khas dan hukum kegravitian semesta Isaac Newton yang memperlihatkan graviti bukan dari sudut daya (seperti pendapat tradisi) tetapi lebih kepada manifestasi lengkungan masa dan ruang yang dihasilkan oleh jisim-tenaga bagi ruang-masa.


2. Model Piawai (Standard Model)

Model Piawai fizik zarah merupakan teori tiga daripada empat interaksi asas zarah yang diketahui. Zarah-zarah ini menyempurnakan segala jirim yang terdapat di alam semesta. Setiap eksperimen berkaitan dengan fizik kuasa tinggi yang dijalankan sejak pertengahan abad ke-20 jelas mempamerkan hasil yang sama dan konsisten iaitu, Model Piawai. Namun begitu, Model Piawai tetap bukanlah teori interaksi asas kerana model ini tidak termasuk graviti, jirim gelap dan tenaga gelap.




3. Kalkulus (Calculus)

Kalkulus (Bahasa Latin: calculus, ertinya "batu kecil" untuk menghitung) adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi had, terbitan, kamiran, dan deret tak terhingga. Kalkulus adalah ilmu mengenai perubahan, sebagaimana geometri adalah ilmu mengenai bentuk dan algebra adalah ilmu mengenai pengerjaan untuk memecahkan persamaan serta aplikasinya. Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi, dan teknikal; serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas.
Kalkulus mempunyai dua cabang utama, iaitu kalkulus pembezaan dan kalkulus kamiran yang saling berhubungan melalui teorem asas kalkulus. Pelajaran kalkulus adalah pintu gerbang menuju pelajaran matematik lain yang lebih tinggi, yang khusus mempelajari fungsi dan limit, yang secara umum dinamakan analisis matematik

4. Teorem Phitagoras  (Pythagoras theorem)


Dalam bidang matematik (geometri), teorem Pythagoras ialah teorem yang mengaitkan ketiga-tiga sisi dalam segi tiga bersudut tepat. Menurut teorem ini, kuasa dua bagi bagi hipotenus (garisan sendeng) segi tiga bersusut tepat adalah sama dengan hasil tambah kuasa dua bagi dua sisi lain.
Katakan bahawa c ialah panjang hipotenus, manakala a dan b pula ialah panjang dua sisi yang berbaki, persamaan berikut boleh dibuat:
a^2 + b^2 = c^2\,
dan c dapat dirumuskan sebagai:
 c = \sqrt{a^2 + b^2}. \,

sumber Math is Fun


5. 1 = 0.999999999….

Ini adalah persamaan yang mudah yang mana menyatakan 0.9999 yang diikuti dengan angka sembilan syang tiada penghujung adalah sama dengan satu, 1, menjadi kegemaran kepada ahli matematik bernama 
Steven Strogatz  dari Universiti Cornell.
"I love how simple it is — everyone understands what it says — yet how provocative it is," kata Strogatz . "Many people don't believe it could be true. It's also beautifully balanced. The left side represents the beginning of mathematics; the right side represents the mysteries of infinity."
Dalam matematik, perpuluhan berulang 0.999…, yang juga ditulis sebagai 0.\bar{9} , 0.\dot{9} atau \ 0.(9), menandakan sebuah nombor nyata sama dengan nombor 1. Dalam maksud lain, "0.999…" mewakili nombor yang sama dengan simbol "1". Persamaan ini telah lama diterima oleh ahli matematik profesional dan diajar di dalam buku-buku teks. Berbagai-bagai bukti matematik terhadap identiti ini telah dirumuskan dengan bermacam-macam kekerasan matematik, tumbesaran nombor nyata yang diutamakan, andaian latar belakang, kandungan sejarah dan kumpulan sasaran masyarakat.




6. Kerelatifan khas (Special relativity)

Kerelatifan khas atau teori kerelatifan khas merupakan teori fizik yang diterbitkan pada 1905 oleh Albert Einstein dalam rencananya "Mengenai Elektrodinamik Jasad yang Bergerak" (bahasa Inggeris: "On the Electrodynamics of Moving Bodies"). Teori tersebut menggantikan tanggapan Newton tentang ruang dan masa dan melibatkan electromagnet seperti yang diwakilkan dalampersamaan Maxwell. Teori ini dipanggil "khas" kerana ia melibatkan prinsip kerelatifan hanya pada keadaan tertentu bagi kerangka rujukan inersia dalam ruang masa yang mendatar dan kerangka yang terpecut, iaitu ketika kesan graviti boleh diabaikan.
Kerelatifan khas menghubungkaitkan ruang dan masa ketika laju cahaya (begitu juga pemalar asas yang lain) adalah malar, dan teori membawa kepada satu keadaan ketika dua pemerhati boleh bercanggah tentang selang masa dan jarak di antara dua kejadian, tetapi tanpa bercanggah kejadian yang berlaku. Hal tersebut menunjukkan yang masa boleh berlalu lebih perlahan jika pemerhati bergerak, bergantung kepada laju relatif.
Teori ini turut meramalkan persamaan E=mc².

sumber: Live Science

7. Persamaan Eular (Eular's Equation)

Identiti Euler atau persamaan Euler, yang mendapat namanya daripada ahli matematik berbangsa Switzerland-Jerman Leonhard Euler, ialah persamaan
e^{i \pi} + 1 = 0\,\!
di mana
e\,\! ialah nombor Euler, iaitu asas bagi logaritma asli,
i\,\! ialah unit khayalan, iaitu punca kuasa dua −1, dan
\pi\,\! ialah pi, iaitu nisbah antara ukur lilit sebuah bulatan dan diameternya.
Identiti Euler dianggap sebagai salah satu persamaan paling indah dalam matematik. Persamaan ini mengandungi tiga operasi matematik yang setiap satunya digunakan satu kali sahaja:tambah, darab, dan eksponen. Persamaan ini juga merangkai lima pemalar matematik paling asas:
  • 0, iaitu "identiti penambahan".
  • 1, iaitu "identiti pendaraban".
  • Ï€ (3.14159265...), yang lazim digunakan dalam ilmu trigonometri, geometri ruang Euclid, dan analisis matematik.
  • e (2.718281828...), asas bagi logaritma asli, yang lazim digunakan dalam analisis matematik dan sains. Kedua-dua Ï€ dan e adalah nombor transenden.
  • i, iaitu unit khayalan bagi nombor kompleks, iaitu set nombor yang mengandungi punca kuasa dua bagi semua polinomial (yang bukan pemalar), dan kajian mengenainya mendorong kepada penerokaan yang lebih mendalam pada bidang-bidang berkenaan algebra dan kalkulus.



8. Teorem Noether dan Persamaan Eular- Lagrange (Euler–Lagrange equations and Noether's theorem)


"Ini adalah agak abstrak tetapi sangat menakjubkan," kata Cranmer NYU. "Perkara yang hebat adalah cara berfikir tentang fizik telah membawa kepada beberapa revolusi utama dalam fizik, seperti mekanik kuantum, relativiti, dan lain-lain"

Di sini, L bermaksud untuk Lagrangian, yang merupakan ukuran tenaga dalam sistem fizikal, seperti mata air, atau tuil atau zarah asas. "Penyelesaian persamaan ini memberitahu anda bagaimana sistem akan berubah dengan masa," kata Cranmer.

Satu spinoff persamaan Lagrangian dipanggil teorem Noether, selepas abad ke-20 Jerman Emmy Noether matematik. "Teorem ini adalah benar-benar asas kepada fizik dan peranan simetri," kata Cranmer. "Secara tidak rasmi, teorem ini mengatakan jika sistem anda mempunyai simetri, maka terdapat perkaitan dengan hukum keabadian. Sebagai contoh, idea bahawa hukum asas fizik hari ini adalah sama dengan esok (masa simetri) membayangkan bahawa tenaga diabadikan.Idea bahawa hukum fizik adalah sama di sini kerana mereka berada di angkasa lepas menunjukkan momentum yang diabadikan. Simetri adalah mungkin konsep memandu dalam fizik asas, terutamanya disebabkan oleh sumbangan Noether. "


9. Persamaan Callan-Symanzik  (The Callan-Symanzik equation)

Dalam fizik, persamaan Callan-Symanzik merupakan persamaan kebezaan yang menggambarkan evolusi fungsi korelasi n-titik di bawah perubahan skala tenaga di mana teori ditakrifkan dan melibatkan beta fungsi teori dan dimensi ganjil. Persamaan ini mempunyai struktur berikut

\left[M\frac{\partial }{\partial M}+\beta(g)\frac{\partial }{\partial g}+n\gamma\right] G^{(n)}(x_1,x_2,\ldots,x_n;M,g)=0
dimana
 \beta(g) adalah fungsi beta 
 \gamma adalah scaling of the fields.

Dalam kuantum elektrodinamik persamaan ini mengambil bentuk 

\left[M\frac{\partial }{\partial M}+\beta(e)\frac{\partial }{\partial e}+n\gamma_2 +m\gamma_3\right]G^{(n,m)}(x_1,x_2,\ldots,x_n;M,e)=0



10.  Persamaan Permukaan Minima (The minimal surface equation)

Dalam matematik, permukaan minimum adalah permukaan yang meminumkan kawasan persekitarannya. Ini adalah bersamaan dengan kelengkungan min sifar.
Istilah "permukaan minimum" digunakan kerana permukaan ini asalnya wujud sebagai permukaan yang mengurangkan jumlah luas permukaan tertakluk kepada kekangan tertentu.

 Model fizikal kawasan-meminimumkan permukaan minimum boleh dibuat dengan mencelup bingkai dawai ke dalam larutan sabun, membentuk sebuah filem sabun, yang adalah permukaan minimum yang sempadan adalah bingkai dawai.

 Walau bagaimanapun istilah ini digunakan untuk permukaan yang lebih umum yang mungkin sendiri bersilang atau tidak mempunyai kekangan. Untuk kekangan diberikan terdapat juga mungkin wujud permukaan yang minimum dengan beberapa kawasan yang berbeza (contohnya, melihat permukaan minimum revolusi): definisi standard hanya berkaitan dengan optimum tempatan, tidak optimum global.





sumber 
1. Yahoo!
3. lain-lain yang telah dinyatakan : D

* maaf banyak guna google translate..heheheee...
almaklumlah ta pandai sangat nak terjemah sendiri..

27 January 2013

10 Bandar Terbaik Untuk Pencari Kerja

Dibawah adalah lokasi lokasi terbaik untuk anda yang ingin memulakan karier anda. Tempat-tempat ini telah disenaraikan oleh Forbes sebagai lokasi paling sesuai untuk pencari kerja terbaharu.

Nombor 1:
Austin, Texas.
Pertumbuhan Penduduk: 3.8%
Kadar Pengangguran: 6.2%
















Nombor 2:
Washington DC
Pertumbuhan Penduduk: 2.7%
Kadar Pengangguran: 10.2%
















Nombor 3:
San Francisco, Ca
Pertumbuhan Penduduk: 0.9%
Kadar Pengangguran: 8.6%

















Nombor 4:
Denver, CO.
Pertumbuhan Penduduk: 3.3%
Kadar Pengangguran: 9.1%















Nombor 5:
Houstan, TX
Pertumbuhan Penduduk: 2.2%
Kadar Pengangguran: 8.2%














Nombor 6:
Fort Worth, TX
Pertumbuhan Penduduk: 2.3%
Kadar Pengangguran: 8.0%





Nombor 7:
Dallas, TX
Pertumbuhan Penduduk: 2.1%
Kadar Pengangguran: 8.5%
















Nombor 8:
Seattle, WA.
Pertumbuhan Penduduk: 2.0%
Kadar Pengangguran: 7.5%
















Nombor 9:
San Antonio, TX
Pertumbuhan Penduduk: 2.4%
Kadar Pengangguran: 7.4 %















Nombor 10:
Charlotte, NC
Pertumbuhan Penduduk: 2.7%
Kadar Pengangguran: 9.2 %
















Maaflah, bukan di Malaysia... hehehe :D

Sumber: Yahoo 

19 January 2013

Statistik dan Fakta Industri Porno Online

Tahukah anda yang industri pornografi merupakan industri sangat menguntung... .

Pornografi online adalah industri yang bernilai berbilion dolar dimana dalam satu saat dianggarkan USD 3000 dibelanjakan...











Nampaksangat otak manusia ni macam mana..


17 January 2013

Samsung YOUM Flexible Display - [ Gambar + Video]

Samsung melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan satu tekknologi yang sangat hebat iaitu prototaip paparan skrin yang sangat menakjubkan!Ia boleh dibengkokkan!!!

Diberi nama Samsung YOUM Flexible Display ia telah dipertunjukkan kepada orang ramai di Pertunjukan Pengguna-Pengguna Elektronik Antarabangsa 2013 yang berlangsung pada 8 Januari 2013 hingga 11 Januari 2013 yang lepas di Las vegas.








Untuk lebih jelas bolehlah tengok video dibawah.. :)



# Today's Components Tomorrow's Possibility..

*btw klik klik la iklan-iklan kat sebelah tu... :D


16 January 2013

Koleksi Video Menarik #Listen

Selain kisah #KL112 yang berlangsung hujung minggu lalu yang menjadi perkara hangat yang dibincangkan oleh rakyat Malaysia pada minggu ini, satu lagi peristiwa yang cukup menarik perhatian seluruh pengguna facebook dan twitter adalah isu #LISTEN yang melibatkan seorang pelajar UUM, Kedah bernama KS Bawani.

Kalau anda nak tahu apa yang berlaku, kenalah tengok video dibawah.


Dah faham???

Okeh, berikutan hal ini, maka muncullah video video kat bawah ni....

Selamat menonton.. :)


oleh Mat Luthfi


oleh Namawee

oleh Encik Mimpi

dan yang bawah ni paling aku suka sebab rasa nak jejoget jugak..hahaa




hahahahahaahhahaaaaaaaaaaaa


Video seterusnya adalah temubual selepas video dia diLISTENkan oleh Cik Sharifah Zohra Jabeen. Menurut Bawani, dia tidak menjangka yang beliau akan mendapat perhatian sebegitu rupa.





#Salute sama Bawani





17 May 2011

Wah ada berita baik untuk guru,,syukur...aku pon insyaallah nak jadi cikgu gk laa,,

bace artikel dari berita harian ni
'
'
'
'

Naik hingga DG54
Oleh Mohd Roji Kawi, M Hifzuddin Ikhsan dan Nor Azma Laila
bhnews@bharian.com.my
2011/05/17

Najib umum kaedah baru kenaikan pangkat guru PDP

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

pix_gal0

Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya. 
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

Katanya, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada gred DG48 selepas berkhidmat selama 25 tahun dan sudah tiba masanya laluan kerjaya guru ditambah baik.

“Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik darjah dan padang permainan dengan sebuah negara yang mahu serta bertamadun hebat tidak mungkin terbina tanpa insan bergelar guru.

“Hari ini di setiap ceruk rantau negara, guru tanpa mengenal erti penat lelah sentiasa membawa cahaya harapan kepada anak Malaysia. Merekalah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan bagi membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai beberapa tuntutan yang belum diselesaikan berkata, isu seperti guru siswazah yang belum mendapat kenaikan gred akan diselesaikan secepat mungkin.

“Perjawatan guru amat luas dan kita memandang serius setiap tuntutan yang dikemukakan serta perlu diteliti sebelum diselesaikan seperti isu guru siswazah yang berada di gred diploma.

“Begitu juga dalam mengukur pencapaian guru. Dulu kita sukar untuk menilai, tetapi menerusi sistem dan insentif baru, lebih banyak ganjaran disediakan dan ia berjaya melonjakkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Mengenai dakwaan insentif baru yang diumumkan Perdana Menteri sebagai meniru Buku Jingga pembangkang, beliau menegaskan, kerajaan melakukan pelbagai usaha menambah baik perkhidmatan pendidikan tanpa perlu menunggu pilihan raya.

“Insentif yang Perdana Menteri umumkan ini lebih baik daripada janji RM500 pembangkang yang hanya manis di bibir saja. Kita buat semua ini bukan disebabkan mahu menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa,” katanya. 



*selamat hari guru