13 March 2011

TSUNAMI di Jepun~bahagian3

Yang ni part last kot pasal tsunami di jepun,,,

yang rasanye semua dah heboh. kes karikatur di berita minggu formerly known as berita harian. sebeb hujung minggu dipanggil berita minggu..sekian,,haha,..eh jap, ta habis lagi laa

tadi zul (x-president kolej aku, k6 upm) ada datang bilik aku, bawa surat khabar tu, then aku belek-belek la bace  paper tu ternampak la gambar superhero kegilaan aku si ultraman melarikan diri dari ombak,,erk,,terkezzut aku,,erm,,,terfikir lak apakah motif sebenar si pelukis tu, en Zoy lukis gambar tu???????????????????

dalam kepayahan, kesusahan dan kesedihan mangsa-mangsa tsunami menghadapi detik-detik yang cukup tragis, masih ada yang melakukan perkara sebegitu.

aku pon tanak ulas panjang,,korang semua tengok la sendiri...

berita minggu, 13 Mac 2011



apa yang anda semua fikir???

kalau setakat dibaca oleh rakyat malaysia mungkin tak kisah laa kan, tapi bagaimana pula jika dilihat oleh masyarakat antarabangsa??? tambah-tambah lagi kalu rakyat jepun dan mangsa-mangsa tsunami tu,,,,
apakah yang mereka akan fikir tentang rakyat malaysia nanti..

sekarang memang dah tersebar ke seluruh dunia, kat CNN pon ada,,,,fikir-fikirkanlah

ni link dia-->>> Berita CNN

TSUNAMI di Jepun~bahagian2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,,salam kesyukuran salam takziah...

bagai sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang berlaku kepada negara jepun, setelah ditimpa gempa bumi dan tsunami, kini mereka terpaksa berdepan satu lagi masalah yang amat kritikal,,,kebocoran tangki nuklearnya pula,,,memang dahsyat kesannya jika terkena radiasi nuklear kepada manusia, ia akan berlangsung dari generasi ke genarasi,,,kecacatan, sindrom down dan bermacam-macam lagi akan berlaku dari generasi kepada generasi seterusnya,,ianya amat sukar untuk dipadam,,,

llihatlah apa yang telah berlaku di chernobyl, rusia, bandar terbabit kini digelar bandar berhantu, tiada kehidupan akibat kesan radiasi...

Ini saya sediakan lagi beberapa foto-foto tragis bencana alam yang melanda di utara jepun,,,
INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat, Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini. - Foto Reuters/TEPCO


LOJI Nuklear Unit 1 Daiichi, Okumamachi meletup dan mengakibatkan dinding stesen jana kuasa nuklear itu runtuh. Ia menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa Jepun selepas sistem penyejukannya gagal berfungsi susulan gempa bumi dan tsunami, semalam. - Foto AP


KERETAPI dan kenderaan antara yang musnah dalam kejadian gempa bumi yang turut menyebabkan Tsunami di Jepun, - REUTERS
KERETAPI dan kenderaan antara yang musnah dalam kejadian gempa bumi yang turut menyebabkan Tsunami di Jepun, - REUTERS


MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS
MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS


MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP
MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP


GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo
DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP
DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP
BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima,  Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP
BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP




PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP
PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP


TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters
PENUMPANG perkhidmatan keretapi Yurikamome berjalan menyusuri landasan keretapi ke Stesen Shiodome, berhampiran Tokyo, sejurus selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun, hari ini. - Foto AP
PENUMPANG perkhidmatan keretapi Yurikamome berjalan menyusuri landasan keretapi ke Stesen Shiodome, berhampiran Tokyo, sejurus selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda Jepun, hari ini. - Foto AP

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP
SEKUMPULAN ikan dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian itu sebelum ini. Mungkinkah akibat tsunami dijepun jua??? - Foto AP













*khabarnya di pesisir pantai Terengganu turut merasai kesan tsunami di Jepun,,,Subhanallah,,sangat jauh tu.



mungkin akan ada sambungan lagi.......


TSUNAMI di Jepun~bahagian1

Assalamualaikum,,,selamat sejahtera..

pertama sekali aku nak bersyukur sangat-sangat sebab lahir kat bumi malaysia,,jauh dari bencana yang amat dahsyat, kalau paling dahsyat pon banjir atau tanah runtuh,,,

kalu nak dibandingkan dengan indonesia, filipina, dan jepun,,sungguh menyedihkan,,gempa bumi, taufan, tsunami, banjir semua ada..Alhamdulillah setakat ini kita masih selamat..

tanggal 11 mac 2011 mencatat sejarah hitan seluruh penghuni negara matahari terbit itu,,,badai tsunami yang menghempas akibat gempa bumi dengan kekuatan8.9 skala richter nyata telah merubah landskap muka bumi mereka dalam sehari sahaja dan mungkin kurang,,,

walaupun negara jepun terkenal dengan teknologinya yang sangat hebat, namun kuasa Allah, tuhan sekalian alam, siapalah dapat menandinginya...

lihatlah kesan-kesan akibat bencana tersebut,,,bagaimanakah mereka ingin menempuh hari-hari berikutnya..sama-samalah kita berdoa agar mereka lebih  tabah menghadapi semua ini..

psst: sorry ta dapat sediakan caption
























*nantikan lebih banyak foto-foto tragis tragedi bencana alam ini dalam TSUNAMI di Jepun~bahagian2

08 March 2011

BENAR-benar

Saje post entry ni,,bosan  da takde idea nak post..


Lirik Lagu Benar-Benar Adam

Sebuah lagi lagu dari Adam yang sangat best!
Lirik Lagu Benar-Benar Adam
(Edry Abdul Halim)
KRU Publishing Sdn Bhd
Sayang, ku benar-benar cinta…
Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru
Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang
Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta
Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

07 March 2011

SEBAB Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita...

Assalamualaikum,,selamat sejahtera semua,,,da lama ta update blog, untuk menghidupkan blog ni,,saya nak konsikan satu artikel menarik, kat bawah ni,,bacalah...

Sorrylah kepada blogger yang tak suka kalau entry copy paste...taksalah kot kalau nak kongsi..


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan
bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.



Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman
mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati
oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan
turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit
, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. J
ika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah
, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit
,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan
, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah
, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat
 Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

100% saya ceduk dari Badan Dakwah Islam Asrama Smkawa, badan dakwah ex-sekolah menengah saya dulu,,,
Wallahualam..