27 February 2011

HIKAYAT Merong Mahawangsa...

Assalamualaikum dan apa khabar semuanya…sihat-sihat belaka ya,,,







Rasanya tidak sabar menunggu tarikh 10 Mac 2011, anda semua tahu ke tidak???? Hehehe,,, Filem terbaru KRU, alahai dah kecoh hamper satu dunia daaa,,,,Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Filem ni adalah filem epic berdasarkan sejarah dahulu kala di Kepulauan Melayu…




Meh nak citer,,camni, Merong mahawangsa ni adalah seorang yang berketurunan Alexender The Great, seorang kapten kapal laut dan juga pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun dahulu.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.






Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?. Nak tahu kesudahannya??? jom g tengok kat wayang,,,jeng, jeng,jeng,,,,











Krew Produksi

Pengarah-Yusri Abdul Halim
Penulis skrip-Amir Hafizi
Pengarah Lagak ngeri- Bjarne Wong
Pengarah seni- Anuar Paharuddin

-
Muzik
Johan Lucas    
-
Creative Director
-
Jurusolek Artis
-
Penyunting
-
Pembantu Pengarah
-
Pengarah Seni
-
Pengarah Fotografi


Antara pelakonnya adalah

 Stephen Rahman Hughes – Merong Mahawangsa
Jing Lu- Meng Ling Hua
Gavin Rees Stenhouse-Marcus
 Eric Karl Henrik Norman-Lycius
 Wan Hanafi Su-Taji
 Khir Rahman-Kemawas
 Dato' Rahim Razali-Kesum
Ummi Nazeera-Embok 
Nell Ng-Ying Ying
Craig Robert Fong-Admiral Liu Yun
 Jehan Miskin-Embi 

nak tahu karekter-karekter setiap watak kenelah tengik sendiriii...



Fakta yang mungkin anda perlu tau pasal filem ni

1.     Kos pembikinan filem adalah 8 juta, menjadikannya filem termahal KRU Studios…WOW!!!

2.   Sebanyak 3 buah bas penuh dengan kaum india dibawa dari kuantan ke lokasi penggambaran ditepi pantai di Terengganu yang bertindak sebagai pelakon tambahan…negeri aku tu.., dan khabarnya di pantai bukit keluang, besut,,lagi dekat ngan kampung aku..
3.     2 ekor gajah dan 5 ekor kuda diterbangkan Goa, India untuk salah satu babak disana…seekor kuda boleh jadi rm100000 harganya



4.   Set penggambaran perkampungan Melayu hancur musnah sehari sebelum penggambaran dan mengambil masa 4 hari untuk dibina semula…so tertangguh 3 hariiii……

5.    Kapal Chota, sebuah kapal yang agak besar khas untuk filem ini turut hancur sebelum penggambaran..




6.     105 orang pemain muzik orchestra antarabangsa bermain dibawah Malaysia Philharmonic
7.     7. Beberapa babak lagak aksi dalam filem ini dirakamkan oleh jurukamera khas lagak ngeri dari Hong Kong..

8.     8. Pasukan lagak ngeri dari Hongkong ini juga adalah pasukan yang sama untuk filem Rush Hour dan HellBoy2

9.      KRU ke China untuk mendapatkan kostum-kostum pahlawan China terutamanya untuk Laksamana
10.    Jumlah shot CGI melebihi 2000 kali shot!!!
 11. OST filem ni nyanyian Anuar Al-Ameen eh silap, Anuar Zain,,Sedetik Lebih





12. 30 peratus adalah dalam bahasa melayu selebihnya, 70% adalah dalam bahasa inggeris...

13. Aku sangat terkejut kerana aku sangatlah rajin wat kajian pasal filem ni walhal asemen aku berlambak ta siap lagi dan juga perlukan research lebih terperinci..hahaha


selamat menonton........theee~ 

24 February 2011

NUR KASIH the movie

Wah,,sape tataw citer nur kasih,,,raised up your hand,,.,,kalau tidak tahu, boleh search kat youtube atau pon tonton..my.. Drama ini pernah ditayangkan di TV3 setiap jumaat tahun lepas dalam 26 episod slot Zehra jam 9 malam,,drama ni mendapat rating yang sangat tinggi setiap minggu,,memang best ar citer dia..

kali ini fenomena nurkasih dijangka kembali lagi, kini dalam konsem filem pula, nantikan mac ini,,kat bawah ni video ostnye..best gak tiz nyayi,,,,uhuhu..

aku terfiki,r nak pergi tengok wayang atau tunggu kawan aku dowmload sahaja???? kalau diikutkan aku kurenk sikit tengok filem-filem melayu kat panggung ni...erm...tengoklah nanti,,,

kat bawah ni lagu ost filem nur kasih, nyanyian tiz zakiah dan yasin, arahan faisal ishak...tengok la ea,,

23 February 2011

EKSKLUSIF: DEMO BANTAHAN PEMBATALAN KEMENANGAN PRO-M UPM

Assalamualaikum,,,salam sejahtera semua..

Hari ini mencatat sejarah buat seluruh warga UPM,,,dengan mengambil iktibar kejadian demonstrasi di Tahrir Square, Mesir., mahasiswa UPM hari ini bangkit menunjukkan keupayaan sebenar mahasiswa..Dengan semangat STUDENT POWER yang mengiringi perjuangan mereka membantah pembatalankan kemenangan pihak PRO-MAHASISWA UPM, yang dikatakan condong kepada pembangkang kerajaan, sejak 8 malam 22 Februari 2011 sehinggalah petang tadi, lebih kurang 5 petang, 23 Februari 2011, mereka tidak berganjak dari lobi bangunan pentadbiran UPM. Mereka juga menuntut tnchepa upm memohon maaf diatas tindakannya itu. Makan minum, solat semuanya di lobi bangunan tersebut..setelah hampir 19 jam disana,,akhirnya TNCHEPA UPM tunduk dan akur dengan kehendak PRO-M...


kira-kira 1.15pm, mereka masih sabar menunggu kemunculan tnchepa upm

ssaudara luqman, pelajar yang dikasari pengawal upm mendapat mesej dari tnc hep upm supaya balik rehat dan mandi dulu,,,digelak oleh seluruh penyokong pro-m

pengawal upm yang siap siaga di pintu utama ke pejabat tnc hepa upm


kira-kira 1.20pm, VC sanggup turun untuk menenangkan keadaan,,,


sebilangan pelajar yang mendengar kata dua dari VC



para penyokong pro m siap sedia untuk solat zuhur di lobi bangunan pentadbiran

saudara lukman sedang ditemubual oleh wartawan


segala jentera dikerah untuk mengawal keadaan

seorang penyokong pro m melaungkan azan zuhur

siap sedia solat zuhur

pengawal yang masih gagah berdiri dipintu utama

semua jemaah lelaki mengambil tempat

menunaikan solat zuhur di lobi bangunan pentadbiran upm

jemaah wanita


kelihatan sekelompok darah, darah siapakah ini?? apakah yang berlaku sebenarnya?? dipercayai darah seorang pengawal kslmtn yang jatuh ketika dirempuh pelajar..sape suh degil ta kasi masuk,,kan dah kene,,

kelihatan ketua polis selangor*(tak pasti, yang pasti berjawatan tinggi) sedang meninjau lobi bangunan pentadbiran UPM


PECAH: cermin pintu utama bangunan pentadbiran upm pecah selepas dirempuh pelajar akibat tnc hepa yang enggan turun bersama pelajar





polis mula mengambil alih 





lagi artikel-artikel menarik untuk dibaca, sila tekan pautan dibawah

~syabas pro-m~

19 February 2011

TAHNIAH siti dan suami

Assalmualaikum dan apa khabar semua,,
pertama sekali saya mohon maaf  sebab jarang update blog, almaklumlah sejak kebelakangan ini sangat sibuk dengan bermacam-macam aktiviti untuk diselesaikan terutanya apabila menghampiri ujian pertama semester ini. Seperkara lagi, program yang saya kendalikan pada akhir januari lepas belum lagi disempurnakan dan beberapa perkara lain yang mendatang. Apa-apa pun anggaplah ia satu cabaran yang perlu kita tempuhi sebagai pelajar yang sdang melengkapkan diri untuk kedunia luar yang lagi hebat cabaranya.

Petang-petang ni saya nak rehat-rehat sajalah. Memang diikutkan tak kemana kalau difikirkan tentang ujian, laporan, presentation dan sebagainya lagi tapi otak saya perlukan masa untuk itu. Jadi aktiviti saya petang ini hanyalah main Plant vs Zombies, baca surat khabar online dan pastinya peluang untuk tulis blog mendattang tetiba selepas baca satu artikel ini.

Dah baca artikel tersebut? Belum lagi? Tak mengapa, biar saya ulaskan sikit-sikit. hehehe,,,(idea dah takde sebenarnye..)

Artikel tu pasal artis kegemaran saya, siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K. Mereka bagi sumbangan derma buat masjid di Sunga Petani, kedah yang dirasmikan oleh sulatan Kedah. Alhamdulillah, inilah yang kita mahu. Walaupun mereka kini dipuncak kejayaan namun mereka masih tidak lupakan kepada golongan yang memerlukan. Datuk K dan Siti buat satu yayasan khas untuk membantu golongan ini.

Ingatlah kata-kata Saidina Ali (kalu saya tak silap..kalu silap mohon dibetulkan)
"Orang kaya adalah gedung orang miskin"

Sedarlah wahai orang kaya dan orang yang berada,

Kekayaan yang ada pada dirimu,
Adalah Tuhan yang punya,
Pulangkan semula kepada hamba-hamba-Nya,
Kamu tidak akan dihina,
Bahkan kamu akan menjadi orang yang mulia,
Di sisi Allah dan manusia.

Semoga usaha yang Siti dan suami serta yang telah usahakan perkara yang sama turut sama diikuti dan dicontohi yang lain.

yang baik dijadikan tauladan, yang kurang dijadikan sempadan...

renung-renungkan dan selamat beramal..hehe

10 February 2011

yang mana satu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua,,

cuba perhatikan orang sekeliling anda,,,lelaki dan perempuan...

apakah pandangan anda sekiranya perempuan tidak bertudung, berbaju kurung di kawasan awam??
normal kan??


apakah pandangan anda sekiranya lelaki pakai seluar 3 suku (menutup lutut hingga pusat) di kawasan awam??
pelik kan??

jika itulah pandangan anda, anda telah cuba mengHALALkan yang HARAM dan mengHALALkan yang HARAM...

aurat lelaki hanya dari lutut hingga pusat sahaja!!!

aurat perempuan seluruh tubuh badan, kecuali tapak tangan dan muka serta tidak ketat!!!

sekian terima kasih...