26 January 2011

Cikgu Mala pakai sarung tangan

2011/01/25

LABIS: Bagi meredakan ketegangan dan kontroversi tercetus berikutan isu enggan bersalam, calon PAS, Normala Sudirman kini dilihat memakai sepasang sarung tangan dalam kempen bertemu pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, semalam. 

Kehadiran Normala memakai sepasang sarung tangan berwarna putih ketika melawat peniaga Cina di Jalan Pasar di sini bukan saja menarik perhatian penduduk yang ditemuinya, malah pengamal media turut tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto imej terbarunya.


Bekas guru itu dilihat tidak lagi kekok apabila bertemu masyarakat setempat berikutan tidak perlu mengelak untuk bersalaman selain turut menyerahkan kad tahun baru Cina dan limau mandarin kepada mereka.
Normala berkata, isu berkenaan sebenarnya hanya digembar-gembur berikutan kurangnya pemahaman terhadap kekangan seorang wanita Muslim.

“Ini sebenarnya bukan satu isu, saya pasti kebanyakan pihak sudah mengetahui saya sebagai wanita Muslim tidak boleh bersalam dengan bukan muhrim tetapi saya digambarkan tidak mahu bersalaman dengan kaum lain,” katanya pada sidang media bersama media Cina dan portal berita internet di Pejabat DAP Labis di sini, semalam.


~berita harian

Lihatlah betapa teguhnya iman seorang wanita yang ingin bergelar pemimpin, beliau sama sekali tidak mengorbankan kulit tangannye untuk berjabat tangan walaupun dikritik dan dikecam oleh parti lawan. Beliau yakin menyentuh api neraka lagi pedih....

Wa : Susah nak jumpa pemimpin negara macam Cikgu Mala

18 January 2011

Sssyhhhhh,,,,,diam...

Diam orang mukmin itu ibadah,

Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,

Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,

Yang hatinya didalam kelalaian,

Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,

Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,

Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,

Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,

Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,

Kadang-kadang dia diam itu,

kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,

Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap,

takut-takut menyakiti hati orang,

Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,

Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,

Baik atau jahat,

Dia biarkan saja orang itu bercakap

Dan mendengar sahaja,

Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,

Ataupun kecuaian dan kelalaian,

Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,

Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,

Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.








p/s: copy paste from Besut Terengganu Fb's

15 January 2011

SALAH siapa???

Assalamualaikum, kejap lagi Wa akan ke Pusat Ekuin tapi sebelum pergi ni, Wa ade baca akhbar-akhbar tempatan secara online. Sungguh sedih dan mengejutkan.

Pertamanya berita ni, Cucu Bawa Geng Bunuh Datuk dan satu lagi berita Bapa Hempas Bayi..

Sungguh menyayat hati, bagaimana mereka yang mempunyai pertalian darah sanggup mencederakan dan membunuh. Memang sungguh kejam!!

Yang kes Cucu bunuh datuknye itu kerana harta dan yang kes bapa tu Wa ta pasti tapi oleh dipercayai berlaku apabila berlaku pertengkaran suami isteri,
marahkan  nyamuk, kelambu dibakar!

Bagaimana pula sikap mereka kepada orang yang tidak ada pertalian darah jika ada masalah??? Mesti lagi dahsyatkan.

Berita-berita ni bukannya keluar selang beberapa bulan atau hari, tapi pada hari yang sama.

Dulu pernah berlaku kes seorang pemuda dari Negeri Sembilan membunuh EMPAT orang ahli keluarga. Sungguh dahsyat...

Sepatutnya keluarga adalah tempat utama untuk memberi kepercayaan, namun kepada ini yang terjadi.

Salah siapa sebenarnya???

hopefully 
SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

14 January 2011

50 LAMAN facebook paling popular

SALAM jumaat semua..

bertemu kembali kita dalam ruang blog iNilah aKu,,,sELamAnya,,, cewah macam duk kendali an program kat stesen tv an, even program aku  kat kolej pon tergagap-gagap aku kendali an...

ok la berbalik kepada tajuk entry aku ni,. kali ni aku nak lis an 50 laman fesbuk paling femes di Malaysia. Ranking ni disusun ikut jumlah paling ramai orang "like",,,

tempat pertama jatuh kepada,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Upin & Ipin 


dengan jumlah menggemarinye sehinga jam 11 pagi 14 januari sebanyak 4,157,567
kedua,,,,AirAsia --->813,968
ketiga,,HOT FM-->>660,420

jenuh aku nak tulis semua 50 nih, ta pe la tulis je la,,,bukannye selalu aku post entry kat blog ni,,hehe

6.TV3 
7.Maaduu 
11. Mudah.my
12. Oh! Media
13.Remaja
17.Maxis 
19. UFun

waduh..letihnyeee..berehat jap...

jom sambung

22. Astro 
23. Hitz.fm
26. DiGi 
28. Pa&Ma
30. Hotlink
31. Suria FM
38. Boomz 
46. adidasMY
48. Revive
49. Milo Fuze

dannnnnn tempat ke lima puluh jatuh kepada
 Resorts World Genting

kalau kategori individu lak pelakon jelita Lisa Surihani (1122439 orang like) mendahului semua individu termasuk exPM Malaysia Tun Dr. Mahathir (956406 orang)..waduh banyak giler,,

semua ni aku amek kat sini
akunyer facebook fren pon ta sampai 400 lagi, follewer aku pon hanya 24 orang jer,,huhuhu...ta femes pon
:( 


Wa: harap femes la kat atas sana,,huhu






08 January 2011

'Saya tidak pernah diperkosa Datuk Rais'

2011/01/08

KUALA LUMPUR: Pembantu rumah warga Indonesia, yang didakwa diperkosa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semalam tampil menjelaskan tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Robingah, 47, yang berkhidmat selama lapan tahun mulai 1999 hingga 2007 itu menjelaskan, sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Dr Rais, beliau diberi layanan baik dan tidak pernah diperlakukan seperti dakwaan yang kini tersebar luas.
Rais yatim
"Saya tidak pernah diperkosa Datuk Rais, khabar angin yang mengatakan saya diperlakukan seperti itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Robingah yang berasal dari Banjarnegara Jawa Tengah berkata, sepanjang berkhidmat selama lapan tahun, beliau bersama tiga lagi pembantu rumah berasal dari Indonesia diberi layanan yang baik dan tidak pernah berdepan masalah untuk mengambil cuti balik ke kampung halaman.

"Sepanjang bertugas, saya ditugaskan sebagai penghantar makanan sekiranya ada jamuan di rumah Datuk dan membuka pintu pagar ketika Datuk keluar dan pulang ke rumah.

"Sepanjang mengenali Datuk, beliau seorang yang baik dan sering membelikan buah tangan sekiranya pulang dari luar negara, jauh sekali berkelakuan kasar dengan saya dan yang lain.

"Saya begitu sedia apabila mengetahui dikaitkan dengan Datuk yang jelas boleh menjejaskan namanya di Malaysia dan Indonesia," katanya yang dipetik dalam Media Indonesia (MI) dan Republika.co.id, semalam. 
Robingah berkata, beliau berhenti kerja di rumah Datuk pada 2007 kerana kontrak kerja di Malaysia sudah habis, bukannya diperkosa sehingga pulang ke Banjarnegara.

Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog menyiarkan cerita mengaitkan Rais memperkosa pembantu rumahnya pada 2007.

Bagaimanapun, Rais menafikan tuduhan beliau terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada 2007 serta semua dakwaan lain yang dilemparkan penulis blog di internet dan parti pembangkang.

Suami Robingah, Sukirman, 52, berkata sepanjang isterinya bekerja di Malaysia, dia tidak pernah mengeluh dan menceritakan keburukan majikannya.

“Kebaikan Datuk menyebabkan saya izinkan Robingah bekerja sehingga lapan tahun, namun terkejut apabila mendapati berita isteri saya diperkosa majikannya tersebar luas,” katanya. 


sumber Berita Harian

01 January 2011

NAK tumpang glamour ke kak???? hahaha~oh ayu..

hahahahahahaha...(wahh, bukan main lagi gelak,,,)nak gelak baca artikel akhbar mstar ni,,,

tajuknye "Ayu Raudhah Rasa Rugi Zaquan Tidak Bersama 'Harimau Malaya' "

ayu raudhah

Wa ase  la an (tak pasti hihihi), si ayu raudah ni sebenarnye nak glamour je..sebab tu la ase rugi bile tunang die ta dapat main final game aritu. tengok gorlfren orang lain yang bukan artis boleh meletup, ta kan kite artis ni ta boleh an, mane la taw dapat rezeki anugerah bintang paling popular,Kak Siti pon dah ta join, kurang la pencabarnye...

tu je nak taip..hehe, jangan mara yaaa...