Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

11 February 2013

PSY in Penang

Semua sedia maklum PSY yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style telah ke Pulau Pinang pada hari ini, 11 Februari 2013.

Saksikan persembahan PSY di sana.


dan yang paling mencuit hati rakyat Malaysia... opsss



Happy Chinese New Year :D

19 January 2013

Maharaja lawak Mega 2012.


Jajahan Lawak yang telah bermula pada minggu ke-8 yang lepas kini berakhir. Jajahan yang bermula di Kuala Terengganu kemudian menjajah penduduk Ipoh, Perak melabuhkan sayapnya di Johor Bahru, Johor pada 18 Januari 2013. Penutup Jajahan Lawak ini juga menandakan kemuncak bagi Maharaja Lawak Mega 2012 yang menyaksikan JOZAN menjuari Maharaja Lawak Mega 2012 kali ni dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500000...









Dengan bertemakan Muzikal dan Free Style, pastinya Maharaja Lawak Mega 2012 ini akan bertambah menarik dengan aksi-aksi yang lucu lagi menggelikan hati. Namun begitu, tema akhir ini juga ada sukarnya kerana kedua-dua tema ini pernah digunakan di awal musim. Pastinya peminat mengharapkan sesuatu yang berbeza dan lebih mengancam daripada finalis Maharaja Lawak Mega 2012.

Bagi yang terlepas, saksikan persembahan mereka disini.

JOZAN freestyle..

JOZAN teater muzikal...


JAMBU freestyle...

JAMBU teater muzikal...

SAYWHO freestyle..

SAYWHO teater muzikal..

SYIRO freestyle..

SYIRO teater muzikal..


BOBOI freestyle..

BOBOI teater muzikal..




09 January 2013

Apek (Khairul Fahmi) Dapat Emas Hadiah Perkahwinan Daripada TG Nik Aziz

"Syukur Alhamdulillah, sungguhpun Nik Aziz tidak jadi menikahkan saya tempoh hari,disebabkan kesibukan jadual, namun saya amat gembira kerana dia sempat meluangkan masa seketika untuk hadir ke majlis bertandang hari ini.



Selain gembira menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat pada majlis bertandang yang diadakan 5 Januari 2013, penjaga gol Kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 24, turut berasa terharu apabila pemimpin Kelantan ini memberikan hadiah istimewa buatnya.


Malah, Apex menganggap hadiah berupa wang dinar mas itu sebagai sesuatu yang sukar diterima orang lain. Apatah lagi bila hadiah tersebut diterimanya sendiri dari tangan Nik Aziz.
"Terima kasih kepada semua yang hadir. Tidak lupa juga kepada Presiden Kafa iaitu Tan Sri Annuar Musa yang sempat hadir walaupun pada masa itu, dia sepatutnya sudah bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perlawanan ATM menentang Kelantan pada sebelah malam.


"Saya juga terharu dengan hadiah pemberian tetamu yang hadir. Saya sama sekali tidak menyangka begitu banyak hadiah yang saya terima. Saya menganggap ini sebagai sokongan secara menerus kepada saya sebagai penjaga gol Kelantan dan Malaysia. Tidak lupa juga kepada cikgu sekolah saya yang sanggup hadir dari Johor dengan memberikan piala istimewa buat saya,"

Disamping gembira menerima lambakan hadiah dari tetamu yang hadir, Apex juga sangat berbangga apabila peminatnya tetap menyokong walaupun dia sering dicemuh dengan pelbagai kontroversi.

"Terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga saya. Tanpa mereka saya tidak sampai ke tahap ini. Malah, merekalah kekuatan saya untuk terus senyum. Majlis pada hari ini pun tidak mampu terlaksana tanpa sokongan dari ayah dan bonda saya. Saya juga berterima kasih kepada keluarga mentua saya kerana memahami keadaan saya.

"Mewakili keluarga, saya meminta maaf seandainya majlis pada hari itu ada terkurang. Kami sudah mengadakan majlis tersebut sebaik mungkin demi menghargai dan meraikan hari gembira saya bersama peminat," jelasnya.

Difahamkan, pada hari tersebut, pihak keluarga Apex terpaksa dua kali masak menu untuk jemputan kerana kedatangan jemputan diluar jangkaan. Bagaimanapun, keluarga Apex gembira dan menerima kunjungan tersebut dengan senyuman tanpa henti.

Sumber
2.  Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan

27 February 2011

HIKAYAT Merong Mahawangsa...

Assalamualaikum dan apa khabar semuanya…sihat-sihat belaka ya,,,







Rasanya tidak sabar menunggu tarikh 10 Mac 2011, anda semua tahu ke tidak???? Hehehe,,, Filem terbaru KRU, alahai dah kecoh hamper satu dunia daaa,,,,Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Filem ni adalah filem epic berdasarkan sejarah dahulu kala di Kepulauan Melayu…




Meh nak citer,,camni, Merong mahawangsa ni adalah seorang yang berketurunan Alexender The Great, seorang kapten kapal laut dan juga pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun dahulu.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.






Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?. Nak tahu kesudahannya??? jom g tengok kat wayang,,,jeng, jeng,jeng,,,,











Krew Produksi

Pengarah-Yusri Abdul Halim
Penulis skrip-Amir Hafizi
Pengarah Lagak ngeri- Bjarne Wong
Pengarah seni- Anuar Paharuddin

-
Muzik
Johan Lucas    
-
Creative Director
-
Jurusolek Artis
-
Penyunting
-
Pembantu Pengarah
-
Pengarah Seni
-
Pengarah Fotografi


Antara pelakonnya adalah

 Stephen Rahman Hughes – Merong Mahawangsa
Jing Lu- Meng Ling Hua
Gavin Rees Stenhouse-Marcus
 Eric Karl Henrik Norman-Lycius
 Wan Hanafi Su-Taji
 Khir Rahman-Kemawas
 Dato' Rahim Razali-Kesum
Ummi Nazeera-Embok 
Nell Ng-Ying Ying
Craig Robert Fong-Admiral Liu Yun
 Jehan Miskin-Embi 

nak tahu karekter-karekter setiap watak kenelah tengik sendiriii...



Fakta yang mungkin anda perlu tau pasal filem ni

1.     Kos pembikinan filem adalah 8 juta, menjadikannya filem termahal KRU Studios…WOW!!!

2.   Sebanyak 3 buah bas penuh dengan kaum india dibawa dari kuantan ke lokasi penggambaran ditepi pantai di Terengganu yang bertindak sebagai pelakon tambahan…negeri aku tu.., dan khabarnya di pantai bukit keluang, besut,,lagi dekat ngan kampung aku..
3.     2 ekor gajah dan 5 ekor kuda diterbangkan Goa, India untuk salah satu babak disana…seekor kuda boleh jadi rm100000 harganya…



4.   Set penggambaran perkampungan Melayu hancur musnah sehari sebelum penggambaran dan mengambil masa 4 hari untuk dibina semula…so tertangguh 3 hariiii……

5.    Kapal Chota, sebuah kapal yang agak besar khas untuk filem ini turut hancur sebelum penggambaran..




6.     105 orang pemain muzik orchestra antarabangsa bermain dibawah Malaysia Philharmonic
7.     7. Beberapa babak lagak aksi dalam filem ini dirakamkan oleh jurukamera khas lagak ngeri dari Hong Kong..

8.     8. Pasukan lagak ngeri dari Hongkong ini juga adalah pasukan yang sama untuk filem Rush Hour dan HellBoy2

9.      KRU ke China untuk mendapatkan kostum-kostum pahlawan China terutamanya untuk Laksamana
10.    Jumlah shot CGI melebihi 2000 kali shot!!!
 11. OST filem ni nyanyian Anuar Al-Ameen eh silap, Anuar Zain,,Sedetik Lebih





12. 30 peratus adalah dalam bahasa melayu selebihnya, 70% adalah dalam bahasa inggeris...

13. Aku sangat terkejut kerana aku sangatlah rajin wat kajian pasal filem ni walhal asemen aku berlambak ta siap lagi dan juga perlukan research lebih terperinci..hahaha


selamat menonton........theee~ 

24 February 2011

NUR KASIH the movie

Wah,,sape tataw citer nur kasih,,,raised up your hand,,.,,kalau tidak tahu, boleh search kat youtube atau pon tonton..my.. Drama ini pernah ditayangkan di TV3 setiap jumaat tahun lepas dalam 26 episod slot Zehra jam 9 malam,,drama ni mendapat rating yang sangat tinggi setiap minggu,,memang best ar citer dia..

kali ini fenomena nurkasih dijangka kembali lagi, kini dalam konsem filem pula, nantikan mac ini,,kat bawah ni video ostnye..best gak tiz nyayi,,,,uhuhu..

aku terfiki,r nak pergi tengok wayang atau tunggu kawan aku dowmload sahaja???? kalau diikutkan aku kurenk sikit tengok filem-filem melayu kat panggung ni...erm...tengoklah nanti,,,

kat bawah ni lagu ost filem nur kasih, nyanyian tiz zakiah dan yasin, arahan faisal ishak...tengok la ea,,

19 February 2011

TAHNIAH siti dan suami

Assalmualaikum dan apa khabar semua,,
pertama sekali saya mohon maaf  sebab jarang update blog, almaklumlah sejak kebelakangan ini sangat sibuk dengan bermacam-macam aktiviti untuk diselesaikan terutanya apabila menghampiri ujian pertama semester ini. Seperkara lagi, program yang saya kendalikan pada akhir januari lepas belum lagi disempurnakan dan beberapa perkara lain yang mendatang. Apa-apa pun anggaplah ia satu cabaran yang perlu kita tempuhi sebagai pelajar yang sdang melengkapkan diri untuk kedunia luar yang lagi hebat cabaranya.

Petang-petang ni saya nak rehat-rehat sajalah. Memang diikutkan tak kemana kalau difikirkan tentang ujian, laporan, presentation dan sebagainya lagi tapi otak saya perlukan masa untuk itu. Jadi aktiviti saya petang ini hanyalah main Plant vs Zombies, baca surat khabar online dan pastinya peluang untuk tulis blog mendattang tetiba selepas baca satu artikel ini.

Dah baca artikel tersebut? Belum lagi? Tak mengapa, biar saya ulaskan sikit-sikit. hehehe,,,(idea dah takde sebenarnye..)

Artikel tu pasal artis kegemaran saya, siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K. Mereka bagi sumbangan derma buat masjid di Sunga Petani, kedah yang dirasmikan oleh sulatan Kedah. Alhamdulillah, inilah yang kita mahu. Walaupun mereka kini dipuncak kejayaan namun mereka masih tidak lupakan kepada golongan yang memerlukan. Datuk K dan Siti buat satu yayasan khas untuk membantu golongan ini.

Ingatlah kata-kata Saidina Ali (kalu saya tak silap..kalu silap mohon dibetulkan)
"Orang kaya adalah gedung orang miskin"

Sedarlah wahai orang kaya dan orang yang berada,

Kekayaan yang ada pada dirimu,
Adalah Tuhan yang punya,
Pulangkan semula kepada hamba-hamba-Nya,
Kamu tidak akan dihina,
Bahkan kamu akan menjadi orang yang mulia,
Di sisi Allah dan manusia.

Semoga usaha yang Siti dan suami serta yang telah usahakan perkara yang sama turut sama diikuti dan dicontohi yang lain.

yang baik dijadikan tauladan, yang kurang dijadikan sempadan...

renung-renungkan dan selamat beramal..hehe

01 January 2011

NAK tumpang glamour ke kak???? hahaha~oh ayu..

hahahahahahaha...(wahh, bukan main lagi gelak,,,)nak gelak baca artikel akhbar mstar ni,,,

tajuknye "Ayu Raudhah Rasa Rugi Zaquan Tidak Bersama 'Harimau Malaya' "

ayu raudhah

Wa ase  la an (tak pasti hihihi), si ayu raudah ni sebenarnye nak glamour je..sebab tu la ase rugi bile tunang die ta dapat main final game aritu. tengok gorlfren orang lain yang bukan artis boleh meletup, ta kan kite artis ni ta boleh an, mane la taw dapat rezeki anugerah bintang paling popular,Kak Siti pon dah ta join, kurang la pencabarnye...

tu je nak taip..hehe, jangan mara yaaa...