15 January 2011

SALAH siapa???

Assalamualaikum, kejap lagi Wa akan ke Pusat Ekuin tapi sebelum pergi ni, Wa ade baca akhbar-akhbar tempatan secara online. Sungguh sedih dan mengejutkan.

Pertamanya berita ni, Cucu Bawa Geng Bunuh Datuk dan satu lagi berita Bapa Hempas Bayi..

Sungguh menyayat hati, bagaimana mereka yang mempunyai pertalian darah sanggup mencederakan dan membunuh. Memang sungguh kejam!!

Yang kes Cucu bunuh datuknye itu kerana harta dan yang kes bapa tu Wa ta pasti tapi oleh dipercayai berlaku apabila berlaku pertengkaran suami isteri,
marahkan  nyamuk, kelambu dibakar!

Bagaimana pula sikap mereka kepada orang yang tidak ada pertalian darah jika ada masalah??? Mesti lagi dahsyatkan.

Berita-berita ni bukannya keluar selang beberapa bulan atau hari, tapi pada hari yang sama.

Dulu pernah berlaku kes seorang pemuda dari Negeri Sembilan membunuh EMPAT orang ahli keluarga. Sungguh dahsyat...

Sepatutnya keluarga adalah tempat utama untuk memberi kepercayaan, namun kepada ini yang terjadi.

Salah siapa sebenarnya???

hopefully 
SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

No comments: