27 February 2011

HIKAYAT Merong Mahawangsa...

Assalamualaikum dan apa khabar semuanya…sihat-sihat belaka ya,,,







Rasanya tidak sabar menunggu tarikh 10 Mac 2011, anda semua tahu ke tidak???? Hehehe,,, Filem terbaru KRU, alahai dah kecoh hamper satu dunia daaa,,,,Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Filem ni adalah filem epic berdasarkan sejarah dahulu kala di Kepulauan Melayu…




Meh nak citer,,camni, Merong mahawangsa ni adalah seorang yang berketurunan Alexender The Great, seorang kapten kapal laut dan juga pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun dahulu.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.






Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?. Nak tahu kesudahannya??? jom g tengok kat wayang,,,jeng, jeng,jeng,,,,











Krew Produksi

Pengarah-Yusri Abdul Halim
Penulis skrip-Amir Hafizi
Pengarah Lagak ngeri- Bjarne Wong
Pengarah seni- Anuar Paharuddin

-
Muzik
Johan Lucas    
-
Creative Director
-
Jurusolek Artis
-
Penyunting
-
Pembantu Pengarah
-
Pengarah Seni
-
Pengarah Fotografi


Antara pelakonnya adalah

 Stephen Rahman Hughes – Merong Mahawangsa
Jing Lu- Meng Ling Hua
Gavin Rees Stenhouse-Marcus
 Eric Karl Henrik Norman-Lycius
 Wan Hanafi Su-Taji
 Khir Rahman-Kemawas
 Dato' Rahim Razali-Kesum
Ummi Nazeera-Embok 
Nell Ng-Ying Ying
Craig Robert Fong-Admiral Liu Yun
 Jehan Miskin-Embi 

nak tahu karekter-karekter setiap watak kenelah tengik sendiriii...



Fakta yang mungkin anda perlu tau pasal filem ni

1.     Kos pembikinan filem adalah 8 juta, menjadikannya filem termahal KRU Studios…WOW!!!

2.   Sebanyak 3 buah bas penuh dengan kaum india dibawa dari kuantan ke lokasi penggambaran ditepi pantai di Terengganu yang bertindak sebagai pelakon tambahan…negeri aku tu.., dan khabarnya di pantai bukit keluang, besut,,lagi dekat ngan kampung aku..
3.     2 ekor gajah dan 5 ekor kuda diterbangkan Goa, India untuk salah satu babak disana…seekor kuda boleh jadi rm100000 harganya



4.   Set penggambaran perkampungan Melayu hancur musnah sehari sebelum penggambaran dan mengambil masa 4 hari untuk dibina semula…so tertangguh 3 hariiii……

5.    Kapal Chota, sebuah kapal yang agak besar khas untuk filem ini turut hancur sebelum penggambaran..




6.     105 orang pemain muzik orchestra antarabangsa bermain dibawah Malaysia Philharmonic
7.     7. Beberapa babak lagak aksi dalam filem ini dirakamkan oleh jurukamera khas lagak ngeri dari Hong Kong..

8.     8. Pasukan lagak ngeri dari Hongkong ini juga adalah pasukan yang sama untuk filem Rush Hour dan HellBoy2

9.      KRU ke China untuk mendapatkan kostum-kostum pahlawan China terutamanya untuk Laksamana
10.    Jumlah shot CGI melebihi 2000 kali shot!!!
 11. OST filem ni nyanyian Anuar Al-Ameen eh silap, Anuar Zain,,Sedetik Lebih





12. 30 peratus adalah dalam bahasa melayu selebihnya, 70% adalah dalam bahasa inggeris...

13. Aku sangat terkejut kerana aku sangatlah rajin wat kajian pasal filem ni walhal asemen aku berlambak ta siap lagi dan juga perlukan research lebih terperinci..hahaha


selamat menonton........theee~ 

No comments: