19 February 2011

TAHNIAH siti dan suami

Assalmualaikum dan apa khabar semua,,
pertama sekali saya mohon maaf  sebab jarang update blog, almaklumlah sejak kebelakangan ini sangat sibuk dengan bermacam-macam aktiviti untuk diselesaikan terutanya apabila menghampiri ujian pertama semester ini. Seperkara lagi, program yang saya kendalikan pada akhir januari lepas belum lagi disempurnakan dan beberapa perkara lain yang mendatang. Apa-apa pun anggaplah ia satu cabaran yang perlu kita tempuhi sebagai pelajar yang sdang melengkapkan diri untuk kedunia luar yang lagi hebat cabaranya.

Petang-petang ni saya nak rehat-rehat sajalah. Memang diikutkan tak kemana kalau difikirkan tentang ujian, laporan, presentation dan sebagainya lagi tapi otak saya perlukan masa untuk itu. Jadi aktiviti saya petang ini hanyalah main Plant vs Zombies, baca surat khabar online dan pastinya peluang untuk tulis blog mendattang tetiba selepas baca satu artikel ini.

Dah baca artikel tersebut? Belum lagi? Tak mengapa, biar saya ulaskan sikit-sikit. hehehe,,,(idea dah takde sebenarnye..)

Artikel tu pasal artis kegemaran saya, siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K. Mereka bagi sumbangan derma buat masjid di Sunga Petani, kedah yang dirasmikan oleh sulatan Kedah. Alhamdulillah, inilah yang kita mahu. Walaupun mereka kini dipuncak kejayaan namun mereka masih tidak lupakan kepada golongan yang memerlukan. Datuk K dan Siti buat satu yayasan khas untuk membantu golongan ini.

Ingatlah kata-kata Saidina Ali (kalu saya tak silap..kalu silap mohon dibetulkan)
"Orang kaya adalah gedung orang miskin"

Sedarlah wahai orang kaya dan orang yang berada,

Kekayaan yang ada pada dirimu,
Adalah Tuhan yang punya,
Pulangkan semula kepada hamba-hamba-Nya,
Kamu tidak akan dihina,
Bahkan kamu akan menjadi orang yang mulia,
Di sisi Allah dan manusia.

Semoga usaha yang Siti dan suami serta yang telah usahakan perkara yang sama turut sama diikuti dan dicontohi yang lain.

yang baik dijadikan tauladan, yang kurang dijadikan sempadan...

renung-renungkan dan selamat beramal..hehe

No comments: