21 March 2013

HEBAHAN MAKLUMAN: ANCAMAN KECURIAN MAKLUMAT APLIKASI MyHRMIS & JPA Demo

[Perhatian kpd pengguna Smartphone]

HEBAHAN MAKLUMAN: ANCAMAN KECURIAN MAKLUMAT APLIKASI MyHRMIS & JPA Demo

Ancaman kecurian maklumat dikesan pada 18 Mac 2013 bagi sistem pengoperasian telefon pintar berasaskan Android yang dipasang aplikasi MyHRMIS & JPA Demo.

Kaedah serangan Aplikasi MyHRMIS & JPA Demo akan menghantar sms yang mengandungi maklumat contact list dan sms pengguna ke talian 018-7109971 tanpa disedari apabila pengguna mengakses aplikasi berkenaan.

Sila pastikan tindakan pengukuhan dilakukan seperti berikut:
i. Mengemaskini konfigurasi telefon bimbit dengan menghalang (blacklist) penghantaran sms ke talian 018-7109971;
ii. Memadamkan aplikasi tersebut daripada telefon pintar;
iii. Menjalankan imbasan virus ke atas telefon berkenaan; dan
iv. Mengadakan sesi taklimat/kesedaran berkenaan risiko penggunaan aplikasi pihak ketiga pada telefon pintar.




Maklumat lanjut melalui URL https://www.securelist.com/en/blog/845/Hello_from_Malaysia

sila SHARE pada semua rakan-rakan, kenalan dan keluarga anda.


sumber

Wujud
Hello From Malaysia


#android #security #JPA #MyHRMIS #virus #smartphone


No comments: