15 March 2013

Tarikh Keputusan STPM dan SPM 2012 diumumkan minggu depan



KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2012


Keputusan STPM 18 Mac ini...

sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia



SPM 2012 boleh diketahui mulai 21 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini, dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan. 

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos. Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888. 



"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya. 

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama. 

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara. - BERNAMA via Berita Harian


#update


KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis,21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
415,530
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM)
7,708
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
7,946
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
11,309
5.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
28,148
6.
Calon Persendirian
1,900
Jumlah Besar
472,541

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.

Kemeterian Pelajaran Malaysia


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012


No comments: